Semalam ada masalah teknikal dengan sistem tempahan/delivery di restoran saya @minangkapau. Kerana itu, ada beberapa pelanggan yang buat order tetapi ia tak sampai ke pihak restoran. Jadi dua-dua pihak tak tahu-nahu tentang status order tersebut.
Bila seorang pelanggan kata order dia tak sampai-sampai dah waktu Isyak dah, dan saya baca mesej WhatsApp beliau. Dan beliau seorang yang sedang mengandung dan sedang mengidam sangat makanan dari restoran saya. Saya rasa terkesan. Saya dan team kitchen berusaha juga walaupun kitchen dah tutup pada masa itu untuk siapkan makanan dan saya bergegas untuk menghantar kepada dia dengan perjalanan kira-kira 45 min.
Sebagai seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami, saya faham sangat emosi seorang ibu mengandung. Saya mohon maaf kepada beliau dan moga makanan semalam masih panas dapat dinikmati walaupun sangat lambat.
Salam sayang saya kepada baby dalam perut. Kepada semua peniaga makanan, tidak kira apa pun berlaku, jangan semudah itu salahkan pelanggan. Kita cuba sedaya upaya selesaikan masalah, selagi ia berpatutan dan munasabah.
Salam Ramadan kepada semua ibu-ibu yang sedang mengandung dan suami-suami kepada isteri yang sedang mengandung.
Maaf sekali lagi dari pihak @minangkapau 🙏🏼